Organisasi Dan Tatacara Tindakan Disiplin Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia

  1. Struktur organisasi dan tatacara tindakan disiplin parti adalah seperti berikut:
    1. Jawatankuasa Disiplin Awalan – Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa untuk melantik seramai tidak lebih daripada tiga puluh (30) orang untuk menganggotai Jawatankuasa Disiplin Awalan yang terdiri daripada mana-mana ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang pada pendapat Majlis Pimpinan Tertinggi adalah berkelayakan dan tidak memegang sebarang jawatan di dalam parti.
    2. Lembaga Disiplin Rayuan – Majlis Pimpinan Tertinggi berkuasa melantik tidak lebih daripada sepuluh (10) orang untuk mengganggotai Lembaga Disiplin Rayuan yang terdiri daripada :
      1. Lima (5) orang perseorangan dalam kalangan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang pada pendapat Majlis Pimpinan Tertinggi adalah berkelayakan dan tidak memegang sebarang jawatan di dalam parti; dan
      2. Lima (5) orang perseorangan yang bukan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang pada pendapat Majlis Pimpinan Tertinggi adalah berkelayakan.
  2. Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah merujuk aduan bertulis samada daripada Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan serta aduannya sendiri berhubung salahlaku disiplin mana-mana ahli parti kepada Jawatankuasa Disiplin yang akan mengambil tindakan mengkaji, menyiasat dan mendengar aduan dan menjatuhkan hukuman jika didapati sabit dengan kesalahan yang didakwa. Jawatankuasa Disiplin hendaklah :
    1. Menyampaikan kepada ahli yang didakwa melakukan apa- apa salah laku suatu notis yang mengandungi :
      1. Jenis kesalahan, tarikh, masa dan tempat di mana kesalahan itu berlaku;
      2. Tarikh, masa dan tempat di mana dia perlu hadir untuk siasatan dan/atau pendengaran.
    2. Ahli yang didakwa akan diminta dan diberi peluang untuk membela diri ketika pendengaran tersebut.
  3. Sekiranya tertuduh didapati bersalah, Majlis Pimpinan Tertinggi berhak menggantung keahlian seseorang ahli dan/atau melarang ahli itu daripada memegang jawatannya secara sementara sehingga keputusan muktamad dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Disiplin.
  4. Mana-mana ahli yang didapati bersalah boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh hukuman dijatuhkan. Majlis Pimpinan Tertinggi hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Rayuan yang terdiri daripada:
    1. Tiga (3) orang perseorangan di kalangan ahli yang tidak memegang sebarang jawatan di dalam parti; dan
    2. Dua (2) orang perseorangan yang bukan ahli parti dan berkelayakan pada pandangan Majlis Pimpinan Tertinggi.
  5. Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad. Setiap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Jawatankuasa Rayuan hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi untuk pelaksanaannya.
  6. Keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi dan/atau mana-mana badan yang menjalankan kuasanya di bawah perlembagaan ini adalah muktamad serta terikat dengan peruntukan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Rujukan

WikiPedia: Parti_Pribumi_Bersatu_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin... http://www.astroawani.com/berita-politik/ros-akan-... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.bharian.com.my/node/181438 http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/... http://www.sinarharian.com.my/politik/muhyiddin-mu... http://www.themalaysiantimes.com.my/ros-ppbm-dibub... http://www.pribumibersatu.org.my https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/ https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/vi...